Institusi yang memartabatkan sistem Pendidikan Islam berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah yang merangkumi duniawi dan ukhrawi untuk melahirkan generasi bertaqwa di Selangor
SISTEM PENDIDIKAN
Sistem Pendidikan Integrasi dan Holistik (IHES) memberikan tumpuan khusus kepada pengintegrasian tiga elemen iaitu Program Pembangunan Potensi Insan, Kurikulum dan Kokurikulum yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dalam mencapai falsafah, misi, dan visi organisasi.
Program Pembangunan Potensi Insan merujuk kepada satu proses pembangunan potensi insan yang seimbang dan menyeluruh. Ianya mencakupi aspek akal, hati, jiwa, roh dan jasad yang mampu menjana generasi Al-Quran yang ikhlas, bertaqwa dan diredhai serta berperanan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi.
FASILITI yangdan lengkap.
Keseluruhan Sekolah Berhawa Dingin
Semua kelas, dewan, surau dan ruangan dilengkapi dengan penghawa dingin untuk memastikan semua murid dan pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa.
Surau
Murid-murid dapat menunaikan solat sunat Dhuha dan fardhu Zohor secara berjemaah di surau.
Dewan
Semua aktiviti dan program dalaman sekolah diadakan di dewan termasuk perhimpunan mingguan untuk memudahkan pergerakan murid dan memastikan mereka dapat berada dalam keadaan yang selesa dan kondusif.
Kantin
Kantin yang luas dan selesa untuk anak-anak makan pagi dan tengah hari
PENDAFTARAN SESI 2025/2026 DIBUKA SEKARANG
JOM MENDAFTAR DI AS-SYAKIRIN!
Jika anda mencari sekolah yang terbaik untuk anak anda, di sini tempat mereka.
JOM MENDAFTAR SEKOLAH INTEGRASI AS-SYAKIRIN
Adakah anda masih belum mendaftar sekolah untuk anak anda? Jangan menunggu lagi! Sertailah kami di Sekolah Integrasi As-Syakirin Shah Alam.
Pendaftaran sesi 2025/2026 masih dibuka.
Sila hubungi:
Puan Effina 03-55115393 0164465393
UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK)
Selamat menduduki UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2024 kepada semua murid Sekolah Integrasi As-Syakirin.
Selamat maju jaya dan semoga beroleh keputusan yang cemerlang.
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2024/2025
Selamat menduduki UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2024 kepada semua murid Sekolah Integrasi As-Syakirin.
Selamat maju jaya dan semoga beroleh keputusan yang cemerlang.
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2024
Sekolah Integrasi As-Syakirin telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak 2024 pada 20 November 2024 iaitu hari Rabu lepas.
JOM MENDAFTAR SEKOLAH INTEGRASI AS-SYAKIRIN
Adakah anda masih belum mendaftar sekolah untuk anak anda? Jangan menunggu lagi! Sertailah kami di Sekolah Integrasi As-Syakirin Shah Alam.
Pendaftaran sesi 2025/2026 masih dibuka.
Sila hubungi:
Puan Effina 03-55115393 0164465393
TAMRIN AMAL SYABAB 2 2024
Alhamdulillah telah selesai program Tamrin Amal Syabab 2 2024 yang telah diadakan pada 22 & 23 November 2024 yang lepas di Sekolah Integrasi As-Syakirin.
PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK
Satu pertandingan mendeklamasikan sajak telah dianjurkan oleh Sekolah Islam Al-Farabi, Klang bersempena dengan Program Karnival 3 Dekad sekolah mereka bertarikh pada 28 September 2024, Sabtu.
MUKHAYYAM SIAS 2024
Sekolah Integrasi As-Syakirin telah mengadakan Program Mukhayyam 2024 yang merupakan program tahunan sekolah pada 20-22 Ogos 2024 yang lalu di Teratak Bernam Riverview, Tanjung Malim, Perak.
TEMASYA SUKAN SIAS KALI KE-19 2024
Alhamdulillah telah berlangsung Temasya Sukan Tahunan SIAS kali ke-19 di Stadium Mini Shah Alam dengan jayanya pada 8 Ogos 2024 (Khamis). Program ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG iaitu Dato’ Sohaimi Bin Shahadan.
Apa kata mereka?
“Sepanjang saya mengajar di Sekolah Integrasi As-Syakirin, hati saya terus terpaut di sini.”
Ustaz Amad Solahuddeen
Guru
“Saya suka melihat perkembangan anak-anak saya sejak belajar di sini dan mereka dapat menimba banyak ilmu pengetahuan daripada guru-guru yang pakar.”
Encik Muhammad Iman Akmal
Bapa
“Selepas saya menghantar anak saya belajar di Sekolah Integrasi As-Syakirin, saya melihat perubahan yang sangat besar pada dirinya. Apabila ada masa lapang di rumah dia akan membuat kerja sekolah dan dia semakin rajin membantu saya dan suami di rumah. Saya bangga dengan anak saya.”
Puan Najwa
Ibu
GALERI SIAS
Hubungi Kami
Email
sias2007@gmail.com
No. Telefon
03 55115393 0164465393
Lokasi
Lot 8, Jalan G, U1/G50, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor.