VISI SEKOLAH
Institusi yang memartabatkan sistem Pendidikan Islam berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah yang merangkumi duniawi dan ukhrawi untuk melahirkan generasi bertaqwa di Selangor.
MISI SEKOLAH
1. Mengamalkan penghayatan Islam sebagai Ad-Din melalui pentarbiahan dan pembinaan sahsiah sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.
2. Memantapkan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
3. Memastikan penyertaan dalam kokurikulum untuk mendidik para pelajar menjadi pemimpin yang berdaya saing.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Idea penubuhan Sekolah Integrasi As-Syakirin (As-Syakirin) adalah daripada sekumpulan ibu bapa dan guru yang mahu melahirkan generasi professional dan bertaqwa. Maka, wujudlah satu syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sekolah ini yang diberi nama Dimentika Sdn. Bhd.
As-Syakirin mula beroperasi pada tahun 2001 di No. 28A, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. As-Syakirin yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mula bertapak di 8 unit rumah kedai.
(Bangunan sekolah yang pertama di Jalan Balapan 12/32, Seksyen 13, 40100 Shah Alam)