KURIKULUM KSSR
KSSR merupakan akronim bagi kurikulum Standard Sekolah Rendah, sebuah standard silibus pembelajaran bagi sekolah-sekolah rendah di Malaysia. Ianya digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KSSR adalah inisiatif untuk memastikan selepas enam tahun persekolahan, murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi penekanan terhadap 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menilai. Kemahiran menilai adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Inisiatif ini berhasrat melahirkan murid yang bersekolah dari umur 7 hingga 12 tahun untuk menguasai kemahiran yang lebih kompleks, perolehan pengetahuan dan mendapat perkembangan sahsiah yang baik.
MATA PELAJARAN TAHAP I (TAHUN 1-3)
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains
5. Pendidikan Seni Visual
6. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
MATA PELAJARAN TAHAP II (TAHUN 4-6)
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains
5. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
6. Pendidikan Kesenian
7. Sejarah
8. Reka Bentuk dan Teknologi
KURIKULUM KSSM
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) adalah kurikulum persekolahan yang dilaksanakan di semua sekolah menengah kebangsaan. KSSM telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di sekolah menengah bermula dengan murid Tingkatan 1 mulai 2017.
MATA PELAJARAN TINGKATAN 1-3
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Sains
4. Matematik
5. Sejarah
6. Geografi
7. Pendidikan Islam
8. Bahasa Arab
9. Reka Bentuk Teknologi
10. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
MATA PELAJARAN TAMBAHAN SEKOLAH TINGKATAN 1-3
1. Hadis
2. Amali Muslim
3. Al-quran dan Tafsir
4. Jawi
5. Akhlak
MATA PELAJARAN TINGKATAN 4-5
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Sains
4. Matematik
5. Sejarah
6. Pendidikan Syariah Islamiah
7. Tasawwur Islam
8. Bahasa Arab
9. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
10. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
MATA PELAJARAN TAMBAHAN SEKOLAH TINGKATAN 4-5
1. Al-quran dan Tafsir