KOKURIKULUM

Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar perlu melibatkan diri dalam aktiviti ini. Kurikulum dan kokurikulum ini saling lengkap-melengkapi bagi menghasilkan insan yang seimbang dalam aspek JERIS selaras dengan kehendak sistem pendidikan negara kita.


MATLAMAT

1. Memberi keseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sahsiah murid
2. Mengukuhkan interaksi & integrasi dalam kalangan murid
3. Memberi pengukuhan & pengayaan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta meluaskan pengetahuan & pengalaman murid dalam bidang tertentu

PROGRAM SEKOLAH

Sekolah Integrasi As-Syakirin mengadakan pelbagai program dan aktiviti sepanjang tahun untuk murid-murid bagi membantu dalam mengembangkan pelbagai kemahiran diri dan juga membantu dalam pembentukan karakter dan pupukan nilai-nilai positif.

Di antara senarai program dan aktiviti yang diadakan sepanjang tahun ialah:

1. Orientasi Murid
2. Iftar SIAS
3. Sambutan Hari Raya Aidilfitri
4. Sambutan Hari Guru
5. Kamil
6. Temasya Sukan SIAS
7. Sambutan Maal Hijrah
8. Tamrin Amal Syabab
9. Mukhayyam SIAS
10. Sambutan Maulidur Rasul
11. Sambutan Hari Kanak-Kanak
12. Jamuan Akhir Tahun

UNIT BERUNIFORM

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH & KADET REMAJA SEKOLAH

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) merupakan salah satu pilih badan uniform yang popular di peringkat sekolah rendah. Perkataan “Tunas” itu menggambarkan bahawa keanggotan TKRS ini hanyalah terhad untuk para pelajar sekolah rendah sahaja berbanding Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang dibuka keanggotaannya untuk pelajar sekolah menengah. Seperti unit badan beruniform yang lain di sekolah, TKRS mempunyai identitinya yang tersendiri baik dari segi pakai uniform, logo, lagu dan sebagainya.

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) menggunakan cogan kata “ILMU IMAN AMAL”.

ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli TKRS.
IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

PERSATUAN DAN KELAB

1. Kelab Alam Sekitar
2. Kelab Pengguna
3. Kelab Kesihatan
4. Kelab Muzik & Qasidah
5. Persatuan Agama Islam

SUKAN DAN PERMAINAN

1. Kelab Futsal
2. Kelab Bola Jaring
3. Kelab Memanah
4. Kelab Sukan dan Rekreasi

Hubungi Kami

Email

sias2007@gmail.com

No. Telefon

03 55115393
0164465393

Lokasi

Lot 8, Jalan G, U1/G50,
Seksyen U1, 40150 Shah Alam,
Selangor.